Rentetan peristiwa yang dialami sendiri juga untuk dikongsi bersama

Friday, December 18, 2009

Motorola Radius GP300 VHF


2 channel jer. Tapi VHF. Roger beep tak ada. Dapat dari 'sumber' baru. Sekarang kena caj bateri 12 jam. Batri baru dapat dari 9W2VVH dan setting frekuensi oleh 9W2SHB. Ada 3 set semuanya. 1 set tak boleh 'read' data. Tak mengapa. Begitulah kata-kata Salleh.. rakan lama ku sejak 25 tahun dulu..

Saja menambah koleksi meskipun dah 'kurang' aktif dalam radio ni.. Manalah tahu, sebagai tontonan cucu cicit nanti...

Sunday, December 13, 2009

Paintball oh Paintball

Alhamdulillah, kejayaan membuka padang paintball yang baru di Ipoh tercapai juga. Meskipun habis segala masa, tenaga dan wang ringgit, hati tetap puas bila melihat permainan yang julung2 kalinya dijalankan begitu sengit disitu.
Meskipun orang mengatakan permainan ini untuk golongan kaya, aku telah cuba menetapkan bayaran seminima mungkin untuk semua orang di sekitar lokalan merasa juga permainan paintball ini.
Diharapkan mendapat sambutan yang baik dari semua yang berminat.


Wednesday, December 9, 2009

9WZAX -Rakan Muar


Lama tak jumpa beliau dan kali terakhir beliau masih single. Sekarang dah ada anak seorang. Dah kurang bergiat dalam Radio amatur ini dan menumpukan perhatian kepada keluarga sahaja. -itu katanya...

Tuesday, December 8, 2009

Berangan - Sedap bila memakannya

Sempat jugak 'tapau' sekilo semasa balik dari Bayan Lepas tadi. Memang rasanya agak unik seperti dulu jugak. Kebetulan di R & R Semanggol ada menjual buah ni, jadi aku dan PIZ tak lepas peluang ini..

Monday, December 7, 2009

Airport Bayan Lepas - Menanti Ibunda pulang dari Mekah


sekarang online dari Airport, menanti kepulangan ibunda... Heehehehe....

Motorola Radius M120 VHF dan FONTEK FM2520 VHF


Barang yang diorder telah sampai. Agak lama menunggu shipmentnya sehingga dekat setahun. Kini cita-cita aku utk ada RIG Motorola terhasil. Cumanya sekarang, siapa pulak nak setkan frekuensinya. Ada sesiapa yang volunteer ke?

Saturday, December 5, 2009

Wow..Durian lagi

Memang aku peminat durian tapi kali ini aku rasa agak pelik kerana durian spesial ini baunya tak macam durian biasa yang kita beli kat tepi jalan tu. Selepas ber'paintball' tengahari semalam terserempak dengan penjual durian ni dan saja lah aku acah-acah untuk menerai sebiji dua. Jadi kebetulan hujan pulak selepas game tu, aku berteduh kat khemah yang memang ada sekitar situ. Jadi melapah durian lah kami.
Bagi yang biasa ada dudun durian mungkin tak heran sangat tapi bagi aku durian ni baunya seakan-akan bau daun-daun kayu , tak sekuat biasa. Bawak dalam kereta airond pun kurang menyesakkan nafas. Durian dari Hutan bukit Salu katanya. Yang tumbuh meliar dan isinya pula ...'ganja' maknanya biji kecik.
LAst2 aku borong habis apa yang dijualnya untuk bawak balik rumah. WIfe dan anak2 aku kata memang berlain dari yang selalunya.
Hmm... rezeki... durian bukit. Isi sedap walaupun nak bukaknya macam kupas nyor jer.... hehehehe...

p/s First time aku jumpa orang belah durian pakai sabit...